Akaun bekamkhadijah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kelas Eusahawan

Kelas Eusahawan


Program eUsahawan


Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau lebih dikenali sebagai MDEC telah melancarkan program eUsahawan pada tahun 2015. Dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.


Program ini adalah satu bentuk inisiatif MDEC dan kerajaan untuk membudayakan keusahawanan digital dalam kalangan rakyat justeru turut merancakkan ekonomi negara.

program eUsahawan menawarkan satu dunia ilmu keusahawanan untuk diterokai oleh mereka yang berani berubah dan berminat untuk mengembangkan sayap di alam perniagaan. Para peserta akan diberi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa.